Fasa Kedua Program Transformasi Imigresen Dilaksana Disember - Hishammuddin - Semasa | mStar

Fasa Kedua Program Transformasi Imigresen Dilaksana Disember - Hishammuddin

PUTRAJAYA: Fasa kedua Program Transformasi Jabatan Imigresen bermula Disember depan dan akan memberi fokus kepada aspek penambahbaikan skim perkhidmatan dan pemantapan fungsi penguatkuasaan agensi berkenaan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata dua fungsi penguatkuasaan yang akan diberi tumpuan ialah pemantapan organisasi serta pemantapan personel dan logistik.

"Pemantapan organisasi menumpukan kepada Unit Risikan dan Analisis selain melihat keperluan logistik bersesuaian dengan tuntutan semasa," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia di sini Selasa.

Beliau berkata fasa kedua itu turut membabitkan penubuhan kumpulan fokus yang akan melihat bagaimana perkongsian maklumat dan risikan dapat dilaksanakan dengan negara luar yang ada hubungan dua hala.

Hishammuddin berkata kumpulan itu juga akan menganalisis data-data yang diperoleh menerusi program yang dilaksanakan sebelum ini seperti program 6P ([program penyelesaian menyeluruh pekerja asing dan pendatang tanpa izin).

"Selain memberi tumpuan kepada penguatkuasaan, bidang latihan di pusat latihan sedia ada juga akan dipertingkat termasuk kemungkinan mewujudkan akademi baharu di lokasi yang akan dikenal pasti," katanya.

Sejumlah 2,300 anggota penguatkuasaan di seluruh negara juga akan diberi latihan secara berperingkat bagi memastikan anggota sentiasa bersedia dengan kemahiran yang tinggi serta kelengkapan terbaik. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain