suria

APMM Patah Cubaan Seludup 4,250 Karton Rokok Putih Bernilai RM508,725

Pengarah Operasi Daerah 5 Maritim Kuala Linggi Kdr. Maritim V. Pannir Selvan (dua kiri) menunjukkan sebahagian rokok jenama 'John' yang berjaya dirampas oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) di perairan Kuala Sepang, Melaka. APMM berjaya menahan sebuah bot dengan tiga enjin serta merampas 4,250 karton rokok dengan anggaran RM508,725. -fotoBERNAMA

ALOR GAJAH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya mematahkan cubaan penyeludupan 4,250 rokok putih jenama 'John' bernilai RM508,725 dalam satu operasi di perairan Kuala Sepang, Selangor, Isnin.

Pengarah Operasi Daerah Lima Kuala Linggi, Komander Maritim V.Pannir Selvan berkata pihaknya turut merampas bot gentian kaca dengan tiga enjin jenis Yamaha bernilai RM200,00 yang digunakan bagi menyeludup rokok dipercayai dari negara jiran itu.

Beliau berkata dalam kejadian jam 11.30 malam itu, bot peronda APMM yang sedang melakukan Operasi Satria Selatan di sekitar perairan Kuala Sepang ke Tanjung Rhu, Selangor menerima maklumat awam mengenai sebuah bot mencurigakan sebelum berjaya mengesannya kira-kira dua batu nautika ke selatan Tanjung Rhu.

"Bot APMM yang dinaiki lima anggota itu kemudian cuba menghampiri dan mengarahkan bot berkelajuan 600 kuasa kuda yang dinaiki seorang tekong dan dua awak-awak itu untuk berhenti namun tidak diendahkan, malah mereka memecut bot lebih laju ke arah pantai Tanjung Rhu," katanya dalam satu sidang media di sini, Selasa.

Beliau berkata ekoran kedegilan mereka pihaknya terpaksa mengejar bot tanpa plat pendaftaran itu selama 15 minit dalam keadaan gelap gelita sehingga ke pantai tersebut.

Katanya tekong dan dua awak-awak tersebut bagaimanapun gagal ditahan selepas mereka bertindak terjun ke laut dan melarikan diri ke arah hutan berhampiran. - BERNAMA

Artikel Lain