suria

Speaker Tolak Usul Potong Gaji Menteri KPDNKK

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Isnin menolak usul bagi memotong gaji Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebanyak RM10.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika menolak usul berkenaan berkata, usul yang difailkan tiga wakil rakyat pembangkang itu ditolak kerana menyalahi Peraturan Mesyuarat 66(9). "Jika saya benarkan usul ini dibahaskan serta diterima oleh Dewan, ia akan menimbulkan persoalan perundangan.

"Gaji adalah hak individu dan ia bermaksud menteri itu mempunyai hak ke atas gaji mereka. Dewan ini tidak mempunyai hak untuk mengambilnya," katanya. Usul yang difailkan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) pada 17 Oktober lalu bertujuan memotong gaji Ismail Sabri sebanyak RM10 kerana didakwa menyalah guna kuasa melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi menyiasat Suara Inisiatif Sdn Bhd ( SISB) yang dikaitkan dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Artikel Berikut

AGM MCA Lulus 16 Resolusi

Artikel Lain