suria

PM Gesa Lebih Banyak Syarikat Laksana Tanggungjawab Sosial Korporat

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin menggesa lebih banyak syarikat melaksanakan tanggungjawab sosial korporat masing-masing demi membantu mereka yang memerlukan masa depan negara yang lebih baik.

"Ia merupakan tata laku korporat yang akan membantu Malaysia mencapai matlamat ekonominya tanpa mengorbankan pembangunan insan," kata Perdana Menteri pada Majlis Gala Ulangtahun ke-25 Parkson di sini malam Isnin.

Isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Eksekutif Lion Group yang juga pengerusi Parkson Holdings Berhad Tan Sri William Cheng turut hadir.

Najib berkata menerusi program promosi dan pemasaran, yayasan dan kempen amal, Parkson, di bawah teraju Lion Group, sedang berusaha memperkasa masyarakat.

"Fokusnya ialah pendidikan dan penjagaan perubatan: dua alat paling berkuasa bagi membantu mereka yang memerlukan," kata Najib.

Artikel Berikut

AGM MCA Lulus 16 Resolusi

Artikel Lain