suria

Menteri Keselamatan Awam China Kunjungi PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tiga,kiri) menerima kunjungan hormat Menteri Keselamatan Awam Republik Rakyat China, Ming Jianzhu (empat,kiri) dan delegasi China, di pejabatnya di bangunan Parlimen. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Menteri Keselamatan Awam China Meng Jianzhu yang sedang dalam rangka lawatan ke negara ini, hari ini mengunjungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut hadir pada pertemuan itu.

Meng dan delegasinya tiba di negara ini semalam untuk lawatan kerja tiga hari ke Malaysia.

Mereka berada di sini untuk menghadiri Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama yang pertama antara Malaysia dan China mengenai usaha memerangi jenayah merentas sempadan, dijadualkan Isnin.

Terdahulu, delegasi itu mengadakan perbincangan dengan Hishammuddin di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. - BERNAMA

Artikel Berikut

AGM MCA Lulus 16 Resolusi

Artikel Lain