Mahkamah Tolak Permohonan Mat Sabu Ketepi Pertuduhan - Semasa | mStar

Mahkamah Tolak Permohonan Mat Sabu Ketepi Pertuduhan

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menolak permohonan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu untuk mengetepikan pertuduhan terhadapnya yang membuat tohmahan memburukkan nama baik 25 anggota polis serta keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor dekat sini, Isnin.

Hakim Mohd Amin Firdaus Abdullah yang membuat keputusan itu juga mengarahkan agar perbicaraan yang sedang berlangsung di Mahkamah Sesyen terhadap Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, diteruskan.

Bagaimanapun, tarikh baru bagi menyambung perbicaraan kes itu masih belum ditetapkan lagi. Penolakan permohonan itu juga adalah kali kedua selepas Mahkamah yang sama menolak permohonan Mat Sabu, pada Februari lepas.

Mat Sabu, 57, didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah Pas Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011. Tertuduh juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu memfitnah tiga anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff Rono serta ahli keluarga mereka pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Suhaimi Ibrahim manakala Mat Sabu diwakili peguam Aminuddin Zulkifli dan Mohamed Hanipa Maidin. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain