suria

Isu Takungan Air Selangor Untuk Takutkan Pengguna - MB

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan kenyataan berhubung kedudukan takungan air di negeri itu sebagai usaha menakut-nakutkan penduduk di Selangor dan kawasan berkaitan.

Katanya kenyataan itu mengelirukan dan tidak benar.

"Kerajaan Selangor sedar dengan usaha-usaha pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menimbulkan ketakutan kepada rakyat Selangor dan penduduk Lembah Klang kononnya bakal berdepan krisis air ekoran penurunan paras air di empangan," katanya dalam kenyataan, di sini, Ahad.

Abdul Khalid berkata takungan air di Empangan Sungai Selangor telah meningkat kepada 55.43 peratus iaitu sebanyak 127.49 juta meter padu setakat hari ini. BERNAMA

Artikel Berikut

AGM MCA Lulus 16 Resolusi

Artikel Lain