suria

MCA Sedia Hadapi Perang PRU13- Dr Chua

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ketika berucap pada Perhimpunan Agung MCA Ke-48 di Dewan San Choon di sini, Ahad.
--fotoBERNAMA
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ketika berucap pada Perhimpunan Agung MCA Ke-48 di Dewan San Choon di sini, Ahad.
--fotoBERNAMA
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ketika berucap pada Perhimpunan Agung MCA Ke-48 di Dewan San Choon di sini, Ahad.
--fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata parti itu sudah bersedia menghadapi perang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dengan penuh semangat dan kesepakatan bagi memastikan kejayaan lebih besar Barisan Nasional(BN).

Berpegang kepada slogan 'Berperang dengan Penuh Keberanian', Dr Chua berkata MCA kini sudah bangkit lebih sepakat, bersatu dan fokus dalam menangani isu-isu yang penting bersama-sama BN dan bersedia untuk menempuh apa jua masalah dan rintangan.

"Kami bersedia untuk berperang pada bila-bila masa sahaja jika Parlimem dibubarkan.

"Memang benar rakyat mempunyai hak untuk memilik tetapi rakyat juga mempunyai tanggungjawab untuk membuat perbandingan," katanya menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung MCA ke-59 di Wisma MCA pada Ahad.

Beliau berkata pertama sekali rakyat perlu menilai apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak pra dan pasca kemerdekaan negara.

"Kami telah mengubah cara bekerja dengan menjadi lebih bersikap tegas, menyatakan pendirian dan mengambil pendirian dalam beberapa isu yang kami anggap tidak wajar ke atas rakyat. "Kami telah menyatakan suara hati kami supaya kerajaan dapat mendengarnya dengan jelas dan nyata dan kepimpinan baharu MCA komited untuk terus bercakap bagi pihak semua rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berkata rakyat perlu menilai sama ada PR berjaya melaksanakan janji-janji yang telah ditaburkan oleh mereka pada masa dahulu.

"Malangnya mereka tidak berjaya untuk mengotakan janji-janji yang ditaburkan sebelum ini," katanya. Jelasnya, BN berpegang pada 'Janji Ditepati' manakala PR pula berpegang pada 'Janji Dimungkiri'.

"Tidak hairanlah, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pernah menyatakan bahawa manifesto itu bukanlah satu perjanjian," katanya.

Bukan itu sahaja, Dr Chua berkata PR tidak mempunyai kata sepakat dalam beberapa isu termasuklah kabinet bayangan dan siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri (PM).

"Politik mereka yang berada pada tahap ekstrem sehingga saling berpolitik antara mereka sendiri sepertimana dalam isu Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang.

"Naib Presiden PAS, Salahuddin setuju laksanakan projek tapi pihak PKR menentangnya dan DAP pula amalkan konsep tunggu dan lihat," ujarnya.

Pada masa yang sama Dr Chua mengakui wujud beberapa kelemahan sebelum ini tetapi kepimpinan parti yang baru telah belajar daripada kelemahan itu untuk menjadi lebih kuat dan bersiap sedia untuk menempuh dan menghadapi cabaran, dugaan dan rintangan. "Kita tidak akan sesekali menipu rakyat dengan mengatakan tiada kelemahan dan masalah dalam MCA seperti mana pakatan rakyat menggambarkan kepada rakyat bahawa mereka merupakan satu parti politik yang paling sempurna, mulia dan suci di dunia termasuk bebas daripada sebarang masalah dan kelemahan," katanya.

Beliau turut mengulangi pendirian MCA pada perhimpunan agung tahun lalu untuk tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan jika gagal menunjukkan prestasi lebih baik pada PRU-13 akan datang.

"Ia merupakan cabaran besar kepada ahli MCA, justeru kita harus kekal bersatu, fokus, bekerja keras dan bersiap sedia untuk berhadapan dengan PRU ke-13, kita sudah berada dalam persimpangan politik 'Pertarungan Hidup atau Mati'," katanya.

Menurutnya, dasar kabur PR seperti slogan populisnya 'Ubah Malaysia' tidak mempunyai hala tuju yang jelas untuk membawa Malaysia mencapai Wawasan 2020.

Sebaliknya, beliau menegaskan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, transformasi kerajaan menjadi saksi yang jelas dan rakyat sepatutnya dapat membuat perbandingan dan pilihan yang tepat demi masa depan negara.

"Kita tidak kata kerajaan BN adalah sempurna, tetapi pada masa yang sama, tidak ada sesiapa dapat nafikan yang kerajaan ini telah berjaya mengekalkan keharmonian kaum dan agama, sekali gus memberikan keamanan serta kestabilan kepada negara untuk terus maju," katanya.

Artikel Lain