Pemotong Rumput Jumpa Mayat Dalam Bungkusan Plastik - Semasa | mStar

Pemotong Rumput Jumpa Mayat Dalam Bungkusan Plastik

ALOR SETAR: Mayat seorang lelaki dipercayai rakyat asing ditemui dalam satu bungkusan plastik di Kilometer 65 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini, Jumaat.

Mayat lelaki berusia 40-an itu dijumpai oleh seorang pekerja kontrak yang sedang memotong rumput di kawasan itu pada pukul 10.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Pendang DSP Abdul Aziz Ahmad berkata mayat itu dijumpai dalam keadaan berpakaian lengkap iaitu berbaju dan berkain sarung serta terdapat bantal dan tilam nipis dalam bungkusan itu.

"Pekerja kontrak itu ternampak kaki mayat dan terus membuat laporan polis. Berdasarkan keadaan mayat yang tidak berbau, kami percaya lelaki itu mati dalam tempoh 24 jam yang lalu. "Kami masih berusaha mengesan identiti mayat kerana tiada dokumen pengenalan diri dijumpai. Tiada kesan cedera atau darah pada mayat itu," katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Beliau berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu atau kehilangan anggota keluarga supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain