suria

Ganti Hukuman Mati Dengan Hukuman Penjara Bagi Kesalahan Berkaitan Dadah - Nazri Aziz

PADANG RENGAS: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bercadang menggantikan hukuman mati bagi kesalahan berkaitan dadah dengan hukuman penjara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata salah satu sebabnya kerana banyak rakyat Malaysia ditangkap di luar negara sebagai keldai dadah.

"Sukar untuk merayu kepada negara-negara ini tidak untuk menggantung mereka apabila Malaysia mempunyai hukuman mati mandatori," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

"Saya akan mendapatkan pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terlebih dahulu dan meminta Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji cadangan ini.

"Kami sedang mempertimbangkan alternatif hukuman 30 tahun penjara atau lebih bukannya hukuman mati mandatori," katanya.

Pengedar dadah yang disabitkan kesalahan menghadapi hukuman mati mandatori di bawah Seksyen 309B Akta Dadah Berbahaya.

Artikel Lain