suria

Mangsa Keenam Runtuhan Konkrit Banglo Ditemui

SHAH ALAM: Seorang lagi mangsa runtuhan konkrit sebuah banglo di Seksyen 7 di sini berjaya diselamatkan pasukan penyelamat pada 10.15 malam Khamis.

Lelaki itu, yang dikenali sebagai Kasmuji, dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Dia ditemui selepas kren kedua digunakan dalam operasi menyelamat.

Dalam kejadian petang tadi, seorang buruh binaan yang dikenali sebagai Otok Hamid Anthony maut manakala tiga rakannya cedera.

Mereka dikenali sebagai Afifin, Waras, Kabir dan Ghadami, kesemuanya berusia lingkungan 30-an.

Operasi menyelamat masih diteruskan untuk mencari dua lagi mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan konkrit banglo yang sedang diubah suai itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain