suria

Kemalangan Babitkan Tiga Kenderaan Sebabkan Kesesakan Lalu Lintas

KUALA LUMPUR: Satu kemalangan membabitkan dua buah kereta dan sebuah motosikal di jejambat Jalan Tun Razak, berdekatan Hospital Kuala Lumpur di sini menyebabkan kesesakan trafik selama sejam.

Kemalangan 3.15 petang ini berlaku semasa kereta jenis Kia Rondo yang dipandu rakyat Iran Zaharah Muhamadi, 48, bersama anak perempuannya Zoha Johanzad, 14, hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan sebelum terbabas ke jalan bertentangan.

Beliau sedang dalam perjalanan pulang selepas mengambil anaknya yang belajar di Sekolah Antarabangsa Iran di Jalan Ampang d sini, Khamis.

Kenderaannya kemudian dilanggar sebuah kereta jenis Proton Perdana yang dipandu Nazril Mohd Ghani, 30, yang datang dari arah Jalan Pahang dan tidak lama kemudian penunggang motosikal Azizun Aznizan, 27, yang melalui jalan itu gagal memberhentikan motosikalnya lalu melanggar kereta yang dipandu warga Iran itu sebelum terpelanting sejauh 10 meter.

Jurucakap polis berkata semua mangsa hanya cedera ringan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain