suria

Astro Malaysia Holdings Dibuka Pada RM3.03 Sesaham

KUALA LUMPUR: Penyiar televisyen berbayar, Astro Malaysia Holdings Bhd, yang kembali ke Bursa Malaysia pada Jumaat, dibuka pada RM3.03 sesaham, naik tiga sen daripada RM3 sesaham dengan lebih 20.192 juta saham bertukar tangan.

Syarikat itu pertama kali disenaraikan pada 2003 tetapi dijadikan persendirian oleh pemegang saham utama, T. Ananda Krishnan pada 2010, bernilai RM8.3 billion atau RM4.30 sesaham pada masa itu.

Astro bersedia untuk meraih RM4.6 bilion dalam hasil kasar daripada tawaran awam permulaan (IPO), yang ketujuh terbesar di dunia dan ketiga di Malaysia dan Asia Tenggara, selepas syarikat peladangan, Felda Global Ventures Holdings Bhd dan pengendali hospital, IHH Healthcare Bhd.

Permodalan pasaran Astro, berdasarkan RM3 sesaham harga IPO, pada RM15.6 bilion.

"Kami akan melabur dalam infrastruktur, kandungan dan kakitangan untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada pelanggan kami," kata Pengerusi Tun Zaki Tun Azmi pada majlis penyenaraian. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain