suria

Satu Maut, Empat Terperangkap Dalam Banglo Runtuh

Keadaan banglo yang dalam pengubahsuaian runtuh dan meragut satu nyawa di Seksyen 7, Shah Alam, petang Khamis. Tiga daripada tujuh yang terperangkap pada kejadian 4.30 petang tadi berjaya diselamatkan. Pasukan penyelamat masih berusaha menyelamatkan tiga lagi mangsa terperangkap. Foto THE STAR

SHAH ALAM: Seorang buruh binaan maut manakala empat lagi dipercayai masih terperangkap apabila bumbung banglo yang sedang diubah suai runtuh di Seksyen 7 di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata usaha menyelamat mangsa yang terperangkap sedang dijalankan oleh anggota Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan Majlis Bandaraya Shah Alam.

"Kami percaya ketiga-tiga mereka masih hidup kerana kami masih mendengar suara-suara mereka memberikan respons kepada anggota penyelamat," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata mayat mangsa dikeluarkan oleh pasukan penyelamat pada kira-kira 6.24 petang dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk dibedah siasat.

Sementara itu, tiga lagi pekerja binaan termasuk yang putus kaki berjaya dikeluarkan pada pukul 5 petang manakala seorang lagi dikeluarkan pada pukul 6.08 petang, katanya.

Pekerja yang putus kaki itu kini dirawat di HTAR, katanya.

Zahedi berkata kelapan-lapan buruh binaan itu merupakan warga Indonesia dan berusia dalam lingkungan 30-an.

Beliau berkata polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada kira-kira 4.29 petang mengenai kejadian di banglo No. 15, Jalan Jed 7/5A, Seksyen 7, milik seorang ahli perniagaan.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain