suria

Polis Kenal Pasti Suspek Curi Audi R8 Dan Prosche Panamera

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu seorang suspek yang dikenal pasti sebagai Shoo Kar Sin berhubung kes kecurian dua buah kereta mewah jenis Audi R8 dan Porsche Panamera di ibu negara.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, polis percaya kes kecurian Audi R8 yang dilaporkan hilang pada 6 September lepas mempunyai kaitan dengan kes kecurian kereta mewah jenis Porsche Panamera pada Khamis lepas.

Kereta Audi R8 itu dilaporkan hilang dari sebuah pusat pameran kereta di Chan Sow Lin pada 6 September dianggarkan bernilai hampir RM560,000 manakala Porsche Panamera bernilai lebih RM900,000 dilaporkan dilarikan dari bilik pameran kereta di Jalan Bukit Bintang Khamis lepas.

Kedua-dua kereta mewah itu masih tidak ditemui sehingga kini, katanya.

Dalam sidang media di sini pada Rabu, Ku berkata Shoo, warga tempatan berumur 42 tahun, mempunyai rekod jenayah lampau kes curi kereta dan pernah ditangkap sebelum ini.

Beliau berkata, siasatan akan dijalankan berdasarkan modus operandi yang sama. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain