Pengerusi SPR Antara Saksi Awal Kejadian Banglo Runtuh - Semasa | mStar

Pengerusi SPR Antara Saksi Awal Kejadian Banglo Runtuh

Keadaan banglo yang dalam pengubahsuaian runtuh dan meragut satu nyawa di Seksyen 7, Shah Alam, petang Khamis. Tiga daripada tujuh yang terperangkap pada kejadian 4.30 petang tadi berjaya diselamatkan. Pasukan penyelamat masih berusaha menyelamatkan tiga lagi mangsa terperangkap. Foto THE STAR
Keadaan banglo yang dalam pengubahsuaian runtuh dan meragut satu nyawa di Seksyen 7, Shah Alam, petang Khamis. Tiga daripada tujuh yang terperangkap pada kejadian 4.30 petang tadi berjaya diselamatkan. Pasukan penyelamat masih berusaha menyelamatkan tiga lagi mangsa terperangkap. Foto THE STAR

SHAH ALAM: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof antara saksi awal kejadian runtuhan bumbung konkrit sebuah banglo di Seksyen 7 di sini, yang mengorbankan satu nyawa.

Beliau sedang membaca surat khabar di rumahnya, yang terletak berhadapan banglo itu, apabila terdengar bunyi dentuman kuat dari arah luar rumah.

Ketika bergegas keluar, beliau melihat kepulan debu di kawasan banglo dua tingkat terbabit.

"Saya kemudian mendapati sebahagian struktur banglo yang sedang diubah suai itu roboh lalu saya hubungi pihak berkuasa.

"Pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian," katanya ketika ditemui pemberita pada Khamis.

Sementara itu, seorang kontraktor binaan yang hanya mahu dikenali sebagai Lim berkata beliau terdengar bunyi dentuman dan jeritan mangsa ketika sedang melakukan pengubahsuaian di banglo bersebelahan.

"Saya terus keluar dan bergegas ke tempat kejadian. Saya terkejut bila melihat bumbung rumah itu runtuh.

"Saya lihat ada dua mangsa keluar dari runtuhan terbabit tetapi rakan-rakannya masih terperangkap," katanya.

Seorang pekerja warga Bangladesh yang hanya dikenali sebagai Salam, 22, pula berkata ketika kejadian, beliau sedang mengunci sebuah banglo lain yang sedang diubah suai kira-kira 10 meter dari lokasi runtuhan.

Beliau terdengar bunyi dentuman kuat dan nampak bahagian tambahan yang sedang dibina di banglo itu runtuh sepenuhnya.

Kejadian runtuhan itu menyebabkan seorang buruh terbunuh, seorang lagi putus kaki manakala tiga masih terperangkap. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa