suria

Lelaki Ditemui Tergantung Dalam Lokap Polis

GEORGE TOWN: Seorang lelaki dalam tahanan polis ditemui mati tergantung dalam lokap Balai Polis Nibong Tebal dekat sini Rabu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafien Mamat berkata lelaki berusia 46 tahun itu ditemui mati tergantung di jeriji lokap itu dengan lehernya terjerut dengan seluarnya sendiri pada pukul 6.30 petang.

"Suspek ditahan kerana didapati memiliki dadah jenis heroin seberat 7.62 gram, di Sungai Acheh dekat sini pada 15 Oktober lepas," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori itu juga mempunyai 15 rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan pecah rumah, samun dan dadah.

Kes itu diklasifikasi sebagai kematian mengejut dan mayat lelaki terbabit dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat, katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain