Laporan Audit Isu Tabung Anak Selangor Tidak Tepat - MB - Semasa | mStar

Laporan Audit Isu Tabung Anak Selangor Tidak Tepat - MB

SHAH ALAM: Ketiadaan statistik yang tepat mengenai jumlah kelahiran di Selangor dijadikan alasan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menyangkal Laporan Audit Negara 2011 bahawa hanya 19.4 peratus anak kelahiran Selangor mendaftar untuk menyertai Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) sejak diperkenalkan pada 2008.

Beliau turut menyangkal perangkaan yang dikemukakan dalam laporan audit mengenai jumlah kelahiran di Selangor dari tempoh 2008 sehingga tahun lepas seramai 313,706 orang .

Abdul Khalid berkata pengendali TAWAS iaitu Yayasan Warisan Anak Selangor tidak mempunyai statistik kelahiran yang tepat kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) enggan memberikan statistik tepat mengenai kelahiran yang layak dikategorikan sebagai anak Selangor.

"Oleh itu statistik yang dirujuk oleh laporan audit itu tidak boleh dijadikan asas untuk mengukur peratusan pendaftaran kerana ini termasuk kelahiran anak bukan warga negara atau bukan anak Selangor," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Abdul Khalid juga berkata kerajaan negeri akan menulis surat rayuan kepada Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa supaya proses pertukaran Pegawai Kewangan Negeri Datuk Mohd Ariff Abdul Rahman ke Putrajaya yang berkuatkuasa pada 15 Oktober lepas ditangguhkan.

"Ini kerana kerajaan negeri sedang dalam proses menyiapkan Bajet 2013 yang akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri pada 19 November depan," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lelaki Ditemui Tergantung Dalam Lokap Polis

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain