suria

Enam Anggota Pentadbira​n Kerajaan Didakwa Rasuah

KUALA LUMPUR: Seramai enam orang anggota pentadbiran kerajaan didakwa di mahkamah atas kesalahan rasuah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, daripada jumlah tersebut seorang merupakan bekas menteri besar, dua orang ahli Parlimen, seorang exco dan dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

"Bagi kes yang tidak dituduh oleh pendakwaraya pula dirujuk kepada panel pernilaian yang terdiri daripada pelbagai profesion dan dianggotai tujuh ahli panel yang diketuai Tan Sri Hadenan Abdul Jalil," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat di sini, Khamis.

Beliau menjawab soalan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) yang meminta kerajaan mendedahkan bilangan anggota pentadbiran yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimanapun Mohamed Nazri berkata, beliau tidak boleh mendedahkan sebarang aduan atau siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM berdasarkan peruntukan di bawah Akta SPRM 2009.

"Ada peruntukkan yang tidak membenarkan kita mendedahkan siapa yang sedang disiasat kerana ini adalah kes rasuah.

"Jika didedahkan, ia akan beri kesempatan kepada mereka untuk menyembunyikan data atau saksi yang berkrompomi,"katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain