suria

SPAD Tidak Siasat Kerugian RapidKL – Syed Hamid Albar

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak terlibat dengan penyiasatan berhubung kerugian yang ditanggung Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) seperti yang dilaporkan oleh Lapoaran Ketua Audit Negara 2011 kerana tiada salah laku terlibat.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Hamid Albar berkata laporan yang mendakwa RapidKL dan Syarikat Prasarana Negara Bhd itu adalah melibatkan isu menyediakan perkhidmatan soasial dan struktur tambang yang mampu dibayar.

"Kami tidak akan bertanya kepada mereka supaya meneliti operasi melainkan wujud salah laku," kata Syed Hamid kepada pemberita pada sidang media di Persidangan Keselamatan Rel Kebangsaaan di sini, Rabu.

Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini mendedahkan RapidKL mencatatkan kerugian A G sebanyak RM293.82 juta pada Disember 2010 disebabkan oleh kos pengurusan serta kos tambang yang kekal sejak enam tahun lalu.

Syed Hamid berkata peranan SPAD adalah untuk memastikan tambang yang dikenakan adalah munasabah.

"Jika terdapat sebarang salah laku, ia adalah situasi yang berbeza sebaliknya mereka telah menyediakan satu perkhidmatan social yang baik," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain