suria

Kerajaan Cadang Biayai Kos Infrastruktur Rumah Mampu Milik - PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang menimbangkan untuk membiayai kos infrastruktur bagi membolehkan pemaju swasta membina lebih banyak rumah di bawah harga pasara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Najib berkata pemaju yang berminat untuk membina rumah mampu milik akan dapat memasitkan pendekatan program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dapat dilaksanakan dengan sempurna.

“Kami boleh mengemukakan dana kerajaan bagi membayar kos infrastruktur,” katanya semasa sejam diwawancara oleh penyampai radio Melody FM, stesen radio Astro berbahasa Cina kedua, di sini, Rabu.

Najib berkata sebanyak RM500 juta telah diperuntukkan dalam Belanjawan 2013, bagi membina 18,000 rumah mampu milik di beberapa lokasi utama.

Beliau menambah bahawa PR1MA akan diberikan tanah-tanah kerajaan yang tidak digunakan untuk membina projek perumahan berkenaan.

PR1MA merupakan satu program kerajaan untuk menggalakkan pemilikan rumah yang lebih besar, terutama di kalangan golongan berpendapatan sederhana, dengan menyediakan harga hartanah kediaman yang lebih berpatutan di bandar-bandar utama di seluruh negara.

Juruhebah stesen itu turut meminta Perdana Menteri mengulas mengenai isu semasa termasuk harga hartanah yang mahal.

Isu-isu lain yang turut dibincangkan dalam temubual khas yang disiarkan secara langsung itu banyak menyentuh mengenai Belanjawan 2013, pembangunan sukan, kos sara hidup, pendidikan Cina dan isu jenayah.

Najib telah membuat kemunculan di beberapa stesen radio sejak menjadi perdana metneri pada 2009, dan Melody FM merupakan stesen keempat Astro Radio yang dilawati oleh beliau.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain