Blog Porno: Pelajar Undang-Undang NUS Berdepan Tindakan Disiplin - Semasa | mStar

Blog Porno: Pelajar Undang-Undang NUS Berdepan Tindakan Disiplin

PETALING JAYA: Pelajar Malaysia yang memuat naik gambar bogelnya bersama teman wanitanya di blognya bakal berhadapan dengan inkuiri disiplin.

Menurut National University of Singapore (NUS), pemegang biasiswa Asean, Alvin Tan Jye Lee telah diberikan surat tunjuk sebab sebelum sebuah jawatankuasa mengambil tindakan lanjut diambil terhadapnya.

Jurucakap NUS berkata The Straits Times of Singapore memberitahu, Tan yang juga pelajar jurusan undang-undang tidak menerima biasiswa berkenaan kerana dia sedang bercuti.

Tan telah dinasihatkan agar membuang semua gambar dan video yang dimuatnaik sebelum ini.

Jurucakap itu berkata pihak universiti mempunyai proses pemilihan ketat terhadap penerima-penerima biasiswa berdasarkan pencapaian akademik mereka dan pencapaian peribadi.

"Ini bukan memberi bayangan bahawa semua sarjana-sarjana kami seperti dia (Tan).

"Kebanyakannya pelajar-pelajar kami memberi sumbangan yang bermakna terhadap komuniti NUS, " katanya.

Artikel Sebelum

Blog Porno Timbulkan Kekecohan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain