suria

Wanita Cedera Siling Runtuh Di Lapangan Terbang Antarabangsa P.Pinang

Beberapa keping siling di hadapan kaunter tiket di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang runtuh mengakibatkan seorang pekerjanya cedera. Wanita berusia 26 tahun yang bertugas di kaunter khidmat pelanggan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas siling tersebut tiba-tiba runtuh dan menimpa kepala mangsa. -fotoBERNAMA

GEORGE TOWN: Beberapa kepingan siling di depan kaunter tiket Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) runtuh mengakibatkan seorang pekerjanya cedera, Isnin.

Pengurus Kanan PIA Mohd Arif Jaafar berkata ketika kejadian pukul 8.30 pagi itu, wanita berusia 26 tahun yang bertugas di kaunter khidmat pelanggan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas siling tersebut tiba-tiba runtuh dan menimpa kepala mangsa.

"Keadaannya stabil dan dia dirawat di Hospital Pulau Pinang sebagai pesakit luar," katanya ketika dihubungi, Isnin.

Beliau berkata punca kejadian mungkin disebabkan hujan lebat berterusan sejak 4 pagi, menyebabkan permukaan atas siling tidak dapat menampung jumlah air yang banyak sehingga ia runtuh.

Bagaimanapun, katanya, kejadian itu tidak menjejaskan penerbangan penumpang dan pihak pengurusan sudah menjalankan kerja baik pulih di kawasan terlibat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

10 Rumah Kedai Hangus Terbakar

Artikel Lain