suria

Pemandu Teksi Didakwa Rompak Lelaki Warga Bangladesh Guna Pisau

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa terhadap pertuduhan merompak seorang lelaki warga Bangladesh menggunakan pisau, minggu lepas.

M. Ganapathy, 43, bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan rompak berkumpulan wang tunai lebih kurang RM1,000 milik Md Rofiool Islam, 27, menggunakan pisau sebagai senjata yang boleh menyebabkan kematian di KTM Segambut, Sentul di sini pada 11.30 pagi 9 Okt lepas.

Bapa kepada seorang anak itu didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohamad Sekeri Mamat membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Nov untuk sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norasyikin Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Faizal Abdul Rahman. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

10 Rumah Kedai Hangus Terbakar

Artikel Lain