suria

Pejabat Chong Wei Dipecah Masuk, Komputer Bernilai RM30,000 Dicuri

SUBANG JAYA: Pejabat pemain badminton nombor dua dunia, Datuk Lee Chong Wei dipecah masuk pada malam Ahad dan beberapa komputer bernilai kira-kira RM30,000 dicuri.

Menurut abangnya dan pengarah syarikat, Lee Chong Hoon, 38, mereka baru sahaja berpindah ke pejabat tingkat satu di Bandar Puteri Puchong Jalan 4/9 dekat sini dua bulan lalu dan pengubahsuaian masih dijalankan.

Dia berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah dipasang tetapi belum diaktifkan lagi.

Chong Hoon menambah bahawa adiknya telah dimaklumkan mengenai insiden itu.

Pekerja yang memasuki premis itu pada pukul 9 pagi Isnin mendapati pintu terbuka dan tiga daripada enam bilik di pejabat itu telah digeledah.

Choon Hoon berkata, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Puchong Jaya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

10 Rumah Kedai Hangus Terbakar

Artikel Lain