suria

Pesalah Jenayah Ringan Ditempatkan Di Lima Penjara Mini

KUALA LUMPUR: Pesalah yang dihukum penjara bagi jenayah ringan akan ditempatkan di lima penjara mini di dalam kem tentera di bawah Program Pemulihan Pemasyarakatan (PPP), melaluipendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata melalui PPP, pesalah akan menjalani program rehabilitasi yang dirangka Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selain kementeriannya.

"Selain itu, PPP juga bertujuan mengurangkan kadar residivis (kemasukan berulang) dari kalangan banduan atau Orang Diselia (ODS) ini ke dalam penjara," katanya menjawab soalanDatuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) di Dewan Rakyat, di sini Isnin.

Dr Abd Latiff berkata program yang direncana untuk pesalah dengan jenayah ringan itu juga adalah selaras dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi mengurangkan kadar jenayah jalanan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain