suria

MAS Tukar Warna Logo Sempena Pelancaran Pesawat Super Jumbo - PM

Logo MAS pada pesawat Airbus A380 ditukar kepada warna biru bagi memperingati pelancaran pesawat super jumbo milik MAS yang mula beroperasi 1 Julai lepas.

KUALA LUMPUR: Logo Malaysia Airlines (MAS) pada pesawat Airbus A380 yang ditukar kepada warna biru adalah bagi memperingati pelancaran pesawat super jumbo milik MAS itu yang mula beroperasi pada 1 Julai lepas.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pesawat-pesawat MAS yang lain masih mengekalkan logo korporat asal dengan warna merah dan biru.

"MAS sedang giat melaksanakan pelan pemulihan syarikat dengan sasaran untuk mencatatkan keuntungan menjelang tahun 2014.

"Antara strateginya adalah untuk menarik semula penumpang melalui penjenamaan semula MAS dan memperkenalkan logo baru eksklusif untuk pesawat Airbus A380 yang merupakan pesawat kemegahan baru," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju).

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata MAS bagaimanapun tidak dapat mendedahkan maklumat mengenai kos penjenamaan semula kerana terikat dengan peruntukan kerahsiaan dalam kontrak berkenaan.

Katanya peruntukan berkenaan merupakan peruntukan standard dalam mana-mana kontrak untuk melindungi kepentingan pihak yang terlibat. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain