Polis Tembak Mati Seorang Anggota Kumpulan KK Merah Di Temerloh - Semasa | mStar

Polis Tembak Mati Seorang Anggota Kumpulan KK Merah Di Temerloh

TEMERLOH: Polis Temerloh menembak mati seorang daripada empat anggota kumpulan KK Merah, yang disyaki terlibat dalam tujuh kes samun dan satu kes bunuh, ketika berbalas tembakan di kawasan ladang sawit di Sanggang dekat sini, Ahad.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata dalam kejadian pada 1.30 pagi itu, sepasukan polis Bahagian Jenayah Berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang cuba menahan sebuah kenderaan yang mencurigakan dipandu seorang lelaki di persimpangan lampu isyarat selepas tol Temerloh menghala Jerantut.

Bagaimanapun, beliau berkata kenderaan yang disyaki dicuri itu terus memecut ke jalan ladang kelapa sawit berkenaan dan terbabas dalam kawasan ladang tersebut.

"Apabila anggota kita menghampiri kenderaan itu, tiba-tiba terdengar bunyi tembakan dari arah dalam kereta tersebut," katanya kepada pemberita, pada Ahad.

Sharifuddin berkata pasukan polis terpaksa membalas tembakan dan pemeriksaan yang dilakukan selepas itu mendapati seorang lelaki mati di bahagian pemandu akibat terkena tembakan.

Beliau berkata polis menemui sepucuk revolver bersama tiga butir peluru hidup dan tiga kelongsong peluru, yang dipercayai digunakan suspek ketika berbalas tembakan dengan polis selain sebuah komputer riba, sebilah parang serta satu ketulan mampat dadah, dipercayai ganja, dalam kereta itu.

"Suspek yang meninggal dunia itu dikenali sebagai Muhamad Azirywan Mohd Azlan, 21, dari Perkampungan Cenderawasih, Kuantan dan merupakan seorang penganggur, dan hasil siasatan mendapati kumpulan itu terlibat dalam tujuh kes samun dan satu kes bunuh di daerah Temerloh, Kuantan, Bentong dan negeri Selangor," katanya.

Sharifuddin berkata suspek dipercayai terlibat dalam kes bunuh di Kampung Baru Simpang Songsang pada 14 Sept lepas melibatkan seorang peniaga Abdul Talib Yadin, 56, yang ditikam selepas disamun ketika pulang dari berniaga pada 2.30 pagi.

Beliau berkata seorang lagi rakan suspek berumur 16 tahun, yang turut terbabit dalam lapan kes samun, ditangkap di Jalan Kampung Lantin, Chenur pada 1.30 pagi 7 Okt ketika sedang menaiki motosikal bersama dua lagi rakannya, yang berjaya melarikan diri.

Katanya, polis kini memburu dua individu dikenali sebagai Mohd Hairie Abdul Malik, 28, beralamat di No. 21, Kampung Tebing Tinggi, Temerloh serta Mohd Ridzuan Khaidir, 22, dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil di balai polis berdekatan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PPP Intai Dua Kerusi Gerakan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?