suria

Mekanisme Bantu Penjaja Dan Peniaga Sedang Dirangka - Ismail Sabri

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (lapan, kiri) dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa (enam, kiri) turut membersihkan kawasan gerai sempena Program Penjaja 1Malaysia anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Medan Selera Jalan Raja Muda Abdul Aziz, K.Lumpur. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang mencari mekanisme berkesan untuk membantu meningkat taraf perniagaan penjaja dan peniaga kecil di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata usaha itu bermula dengan penganjuran Konvensyen Penjaja dan Pengerai Kecil yang dijangka pada 18 November ini.

Beliau berkata pada konvenyen itu nanti, semua pandangan dan kritikan yang diperoleh dari konvensyen itu akan diambil kira sebelum satu pelan tindakan jangka panjang dirangka oleh kementerian itu.

"Kita mempunyai perancangan yang banyak untuk penjaja dan peniaga kecil. Kita tengah buat cadangan untuk sediakan standard fokus gerai yang lebih bersih, cantik dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas menyertai program gotong-royong Penjaja 1Malaysia di Medan Selera Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, di sini pada Ahad bersama Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Katanya ia termasuk cadangan untuk memberi pinjaman mudah kepada penjaja dan peniaga kecil.

Mengulas mengenai program itu, Ismail Sabri berkata program itu antara lain bertujuan untuk membimbing dan memberi kesedaran kepada penjaja tentang pentingnya aspek penjagaan kebersihan.

Program membersih dan mengecat semula medan selera itu melibatkan lebih 600 kakitangan awam dari tiga kementerian iaitu, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan KPDNKK.

Katanya program seumpama itu akan diperluaskan ke negeri-negeri yang lain. Sementara itu, menyentuh mengenai isu Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Ismail Sabri berkata siasatan kementerian ke atas Suaram telah pun selesai dan semua kertas siasatan sudah diserahkan kepada Peguam Negara.

"Siasatan kita telah pun lengkap, jadi kita serahkan kepada Peguam Negara, kuasa kita setakat itu sahaja, saya tak boleh campur," katanya.

Seorang penjaja, Shabi Muhammad, 60, melahirkan rasa terharunya dengan penglibatan ramai kakitangan awam yang membantu membersihkan kawasan sekitar medan selera itu.

Beliau yang menjalankan perniagaan lebih 20 tahun, berkata usaha mendekati dan membantu golongan peniaga membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah mengambil mudah mengenai nasib golongan itu.

Manakala, Shaharizuan Ayub, 46, berkata beliau sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk penambahbaikan yang dilakukan oleh kerajaan kepada peniaga.

Bagaimanapun, beliau berharap kerajaan dapat menyelesaikan beberapa masalah di medan selera itu, antaranya kekurangan tempat letak kereta pelanggan dan membaik pulih kerusi dan meja makan. - BERNAMA

Artikel Lain