Penunggang Maut Motosikal Bertembung Kereta

KUANTAN: Seorang lelaki maut selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah kereta di Km12 Jalan Simpang Kerayong dekat Bera malam Khamis.

Muhammad Khairul Azhar Md Radzi, 22, dari Felda Purun, Triang mati di tempat kejadian yang dilaporkan berlaku 8.30 malam.

Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Superitendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim, mangsa datang dari arah Simpang Kerayong menghala ke Mayam.

"Dipercayai sebuah Proton Wira yang datang dari arah bertentangan telah masuk ke laluan motosikal mangsa sebelum kedua-dua bertembung sehingga menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan," katanya.

Mohamed Fauzi berkata, pemandu kereta berkenaan tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain