suria

Pengusaha Syarikat Lori Terbeban Dengan Denda

PETALING JAYA: Pengendali syarikat lori berang dan terkejut dengan penalti tidak munasabah dikenakan terhadap kenderaan yang membawa muatan berlebihan mereka mendakwa pelaksanaan undan-undang tersebut oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menjejaskan perniagaan mereka.

Persatuan Pemilik Lori PanMalaysia (PMLOA) berkata ahli mereka menanggung kerugian yang besar kerana mereka terpaksa membawa muatan yang dibenarkan bagi mengelakkan daripada didenda.

Presiden PMLOA Jong Foh Jit, berkata baru-baru ini terdapat satu kes di mana seorang operator terkejut apabila didenda sebanyak RM12,000 kerana membawa muatan berlebihan sebanyak 11 peratus.

Manakala seorang lagi turut didenda sebanyak RM11,000 dan atau berhadapan dengan kemungkinan dipenjara selama setahun juga atas kesalahan membawa muatan melebihi 11 peratus daripada spesifikasi yang ditetapkan.

"Lori pun tidak mahal macam itu. Bagamaimana kami hendak membayar penalty tinggi yang dikenakan itu?

"Tidak ada tolak ansur langsung. Jika lori-lori ini membawa muatan yang berlebihan sebanyak 1 peratus sekalipun kami terpaksa pergi ke mahkamah?,” katanya pada Jumaat.

Bagi denda untuk muatan berlebihan yang ditetapkan oleh SPAD adalah antara RM1,000 dan RM500,000.

Jong berkata persatuan itu sedang cuba merayu agar denda itu dikurangkan bagi kes 5 peratus melebihi muatan yang ditetapkan.

Persatuan ini dijadual mengadakan satu sidang media pada 20 Oktober ini bagi menyatakan rungutan mereka.

(Di Sabah dan Sarawak, pengangkutan awam masih tertakluk di bawah peraturan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan).

Menurut Jong, penguatkuasaan tegas SPAD itu telah membebankan pengusaha syarikat lori sejak 2010.

Sementara itu, Persatuan Pengedar Perkakasan, Lori dan Pembinaan (MHMBA) Datuk Patrick Lim menggesa SPAD menunjukkan sedikit belas kasihan terutamanya kepada pengusaha syarikat lori yang kecil.

"Ramai pengusaha perniagaan kecil dan sederhana ini terbeban. Mereka terpaksa membuat perjalanan tambahan bagi mengikut muatan yang ditetapkan, walaupun hanya hanya membawa muatan yang sedikit, ini akan menyebabkan mereka menanggung kerugian,” katanya.

Lim berkata, sebagai contoh kes lori yang mempunyai kapasiti lima tan metrik, kenderaan itu sendiri mempunyai berat 3 tan, sedangkan pengendali hanya dibenarkan membawa kurang daripada dua tan pada setiap perjalanan.

"Trak dengan kapasiti kurang daripada 10 tan sepatutnya diberikan sedikit kelonggaran berhubung jumlah muatan yang dibenarkan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain