suria

Lebuh Raya Besraya Sesak Akibat Banjir Kilat

PETALING JAYA: Banjir kilat yang berlaku disepanjang lebuh raya Besraya di kilometer 8 hingga kilometer 8.9 utara (Sungai Besi ke Kampung Malaysia) telah menyebabkan laluan sebelah kiri terpaksa ditutup sementara waktu.

Banjir menyebabkan kenderaan bergerak perlahan sepanjang lebuh raya tersebut.

Terdapat satu kemalangan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di Kilometer 17.5 (Kota Damansara ke Damansara) Kilometer 17.3 (Jasin ke Tangkak) menyebabkan pemandu masing-masing memperlahankan kenderaan di kedua-dua lokasi.

Aliran trafik dari Subang ke Damansara juga perlahan, walaupun tiada kejadian banjir dilaporkan di NKVE pada ketika ini.

Sementara itu, bermula pada pukul 4.30 petang ini, laluan kedua-dua arah Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur akan ditutup bagi membolehkan 'Nike We Run KL 10K 2012' berlangsung.

Jalan berkenaan akan dibuka semula pada pukul 8.30 malam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain