Dua Ahli Perniagaan Didakwa Bantu Lupus Dokumen Babitkan Transaksi - Semasa | mStar

Dua Ahli Perniagaan Didakwa Bantu Lupus Dokumen Babitkan Transaksi

KUALA LUMPUR: Dua ahli perniagaan pada Jumaat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap dua pertuduhan membantu melupuskan dokumen membabitkan transaksi kemasukan wang sebanyak RM173,049.17, lapan tahun lepas.

Ahmad Fauzi Abdul Kahir, 41, Corrado Margarita, 61, seorang warga Itali, bersama-sama seorang lagi masih bebas didakwa membantu melupuskan dua dokumen masing-masing membabitkan transaksi kemasukan wang berjumlah RM129,713.81 dari Syarikat Antares Biaggi dan RM43,335.36 dari Syarikat RUUT ke dalam akaun Maybank milik syarikat mereka, Equinox Travel Services Sdn Bhd.

Mereka didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di pejabat Lotus Asia Tours Sdn Bhd, D-5-4, Megan Avenue 1, 189 Jalan Tun Razak, di sini pada 12 tengah hari, 6 Januari dan 13 Julai 2004.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, kedua-dua tertuduh dihadapkan di Mahkamah Majistret bagi pertuduhan yang sama tetapi ia dipindahkan ke Mahkamah Sesyen kerana melibatkan nilai kerugian yang tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Rozana Husin menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap Ahmad Fauzi dan RM15,000 dengan dua orang penjamin tempatan terhadap Margarita bagi setiap pertuduhan.

Namun peguam Datuk Hanif Hashim mewakili kedua-dua tertuduh memohon jumlah jaminan yang sama seperti ditetapkan di Mahkamah Majistret terhadap anak guamnya iaitu RM12,000 untuk Ahmad Fauzi dan RM15,000 bagi Margarita.

Hakim Azwarnida Affandi membenarkan Ahmad Fauzi dan Margarita masing-masing diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 9 November untuk sebutan.

Penjamin bagi Margarita ditetapkan seorang warga tempatan.

Hakim itu memerintahkan pasport antarabangsa milik Margarita diserahkan kepada mahkamah selain kedua-dua tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Peluang Saksikan Resepsi Chong Wei

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain