suria

Ahli Perniagaan Wanita Didakwa Bunuh Suami Dan Model Sambilan

KAJANG: Seorang ahli perniagaan wanita hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh suaminya dan seorang model sambilan, bulan lepas.

Yau Chooi Thin, 29, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap suaminya Leong Kian Sheong, 37, seorang pengusaha kedai tayar dan Vivien Wong, 20, yang juga seorang pelajar, bersama-sama dua orang yang masih bebas dan empat orang yang telah dituduh di No. 1 Jalan SP6/3, Taman Segar Perdana, Batu 9, Cheras, di sini antara 6.10 pagi hingga 6.45 pagi, pada 13 September lalu.

Bagi kesalahan itu, Yau didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Majistret Aina Azahra Arifin menetapkan 5 Dis untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R.Siamala, manakala Yau diwakili peguam Geethan Ram Vincent. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain