suria

Lima Negeri Dijangka Hadapi Banjir Besar

PETALING JAYA: Angin monsun timur laut dijangka akan bertiup sepenuhnya ke lima negeri pada bulan depan dan orang ramai diberi amaran untuk bersedia menghadapi banjir besar.

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran, monsun dijangka melanda pantai timur dan beberapa bahagian lain di negara ini dan banjir akan berlaku terutamanya di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor, Sabah dan Sarawak, antara November dan Mac.

Pengarah Bahagian Hidrologi dan Sumber Air Datuk Hanapi Mohamad Noor berkata purata hujan tahunan adalah 3,000 mm, dan menambah: "Dengan 1,800mm yang dicatatkan dari Januari kepada September, ia dijangka akan lebih 1,200mm dari Oktober hingga Disember dan ini merupakan jumlah yang banyak."

Hanapi berkata banjir yang akan berlaku jika hujan yang turun dalam bulan tersebut berterusan selama satu hingga tiga hari di kawasan yang sama.

Dari bulan Oktober tahun lepas sehingga bulan lepas, 227 kes banjir telah dilaporkan, dengan Selangor mencatat kes paling banyak 70, diikuti dengan Perak 40.

Hanapi berkata Selangor sering dilanda banjir kerana ia "terdedah" kepada hujan monsun barat daya, hujan monsun timur laut dan hujan konvensional. Beliau juga berkata Kuala Lumpur akan menghadapi banjir kilat dari pertengahan November hingga Mac, tetapi disebabkan hujan konvensional.

Artikel Lain