Anggota Pas Perlu Nilai Kenyataan Shahnon - Abdullah - Semasa | mStar

Anggota Pas Perlu Nilai Kenyataan Shahnon - Abdullah

KEPALA BATAS: Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta masyarakat terutama anggota PAS menilai sendiri kenyataan Sasterawan Negara Prof. Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad yang mempertikaikan perjuangan parti itu sekarang.

Bekas Perdana Menteri itu berkata berkata kenyataan Shahnon jelas menggambarkan rasa kecewanya terhadap parti itu yang semakin tersasar daripada perjuangan asal mereka.

"Saya tidak perlu komen apa-apa kerana semua orang melihat dan mendengar apa yang beliau (Shahnon) cakap, jadi mereka (orang ramai) terutama ahli parti itu (Pas) patut berfikir.

"Saya juga rapat dengan beliau (Shahnon) dan saya percaya apa yang dia cakap itu adalah reaksi dan luahan kepada parti itu (PAS) yang dilihat tidak memperjuangkan dasar politik mereka," katanya kepada pemberita, di sini Jumaat.

Abdullah yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas ditemui selepas Program 'Jom P Bantu' anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).

Beliau diminta mengulas kenyataan Shahnon tentang perjuangan politik PAS yang tidak lagi menepati kehendak Islam apabila bekerjasama dengan DAP.

Menurut Shahnon yang juga anggota PAS seumur hidup, tindakan parti itu menuruti kehendak politik DAP bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam memperjuangkan Islam. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain

BN kekalkan kerusi Parlimen Kimanis