Kastam Melaka Rampas 7.8 Juta Batang Rokok Bernilai RM3.9 Juta - Semasa | mStar

Kastam Melaka Rampas 7.8 Juta Batang Rokok Bernilai RM3.9 Juta

Antara pelbagai jenama rokok dan minuman keras yang di rampas ketika serbuan oleh sepasukan pegawai Kastam Melaka di sebuah gudang kawasan perindustrian Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, Melaka. Nilai keseluruhan rampasan rokok dan minuman keras termasuk cukai adalah bernilai lebih dari RM3.9 juta. -fotoBERNAMA
Antara pelbagai jenama rokok dan minuman keras yang di rampas ketika serbuan oleh sepasukan pegawai Kastam Melaka di sebuah gudang kawasan perindustrian Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, Melaka. Nilai keseluruhan rampasan rokok dan minuman keras termasuk cukai adalah bernilai lebih dari RM3.9 juta. -fotoBERNAMA

MELAKA: Kastam Melaka berjaya merampas 7.8 juta batang rokok seludup pelbagai jenama dengan nilai termasuk cukai berjumlah RM3.9 juta di kawasan perindustrian Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, di sini Rabu.

Pengarahnya Datuk Mohd Nasir Said berkata pihaknya turut merampas minuman keras bernilai RM2,331 membabitkan nilai cukai sebanyak RM9,754 dalam serbuan di sebuah gudang itu.

Lapan anggota penguat kuasanya yang menyerbu premis itu pada 12.30 tengah hari turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun yang merupakan penjaga premis bagi membantu siasatan, katanya kepada pemberita di sini.

"Hasil pemeriksaan mendapati peket rokok, botol dan tin minuman keras terbabit tidak mempunyai setem cukai Malaysia," katanya.

Katanya barangan tersebut dipercayai dibawa masuk melalui jalan darat dan gudang tersebut digunakan sebagai stor sebelum barang terbabit diedar di pasaran sekitar Melaka.

Gudang dua tingkat itu dipercayai telah beroperasi lebih tiga bulan dan suspek meletakkan kotak plastik di hadapan premis kononnya untuk kerja-kerja pembungkusan bagi mengaburi mata pihak berkuasa, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?