Dua Sahabat Maut Kereta Bertembung Lori - Semasa | mStar

Dua Sahabat Maut Kereta Bertembung Lori

KUANTAN: Dua lelaki yang bersahabat baik maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Km 150.8 Jalan Kuantan-Seremban, dekat Rompin.

Anizul Hassan, 35 yang memandu kereta itu dan rakannya Mohd Norhisham Mohd Hanapeah, 28, kedua-duanya dari Felda Retam, Triang, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada badan dan kepala.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Superitendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian 2.43 pagi Rabu itu, mangsa dalam perjalanan menghala ke Seremban.

"Tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dinaiki mereka telah terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori yang datang dari arah Seremban.

"Akibat pertembungan itu, kereta berkenaan terbakar, pemandu kereta terbabit turut terbakar, manakala rakannya tercampak ke atas jalan," katanya di sini, Khamis.

Katanya, pemandu lori itu pula cedera ringan.

"Siasatan awal mendapati kecuaian dipercayai berpunca daripada kenderaan yang dinaiki mangsa yang hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain