Bangunan HSBC Dikosongkan Selepas Terima Panggilan Bom Palsu - Semasa | mStar

Bangunan HSBC Dikosongkan Selepas Terima Panggilan Bom Palsu

KUANTAN : Bangunan lima tingkat HSBC di Jalan Mahkota di sini dikosongkan atas arahan polis setelah seorang kerani sebuah firma guaman di bangunan berkenaan menerima panggilan bahawa terdapat sebutir bom di situ.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Abd Aziz Ahmad berkata kerani berkenaan, Balendran Chong, yang menerima panggilan itu pada 4.15 petang kemudian terus menghubungi pihak polis.

"Sebaik menerima panggilan sepasukan unit pemusnah bom, dibantu oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat serta 20 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan bergegas ke tempat kejadian.

"Namun setelah dua jam melakukan operasi mencari dan mengesan, polis tidak menemui sebarang bom dan mengesahkan panggilan tersebut adalah palsu," katanya kepada pemberita selepas ditemui di tempat kejadian.

Abd Aziz berkata menurut kerani tersebut panggilan itu daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Chandran.

Katanya, kira-kira 100 orang pekerja di bangunan yang menempatkan beberapa pejabat itu dibenarkan kembali bertugas selepas polis mengesahkan tempat itu selamat pada 6.00 petang. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain