suria

PKR Belum Terima Desakan Rasmi Pecat Faekah

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menerima sebarang notis atau surat rasmi daripada kepimpinan parti itu di Selangor yang mendesak agar Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin dipecat.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, hingga kini Ibu Pejabat PKR masih belum dimaklumkan mengenai rungutan dan kekecewaan yang dilahirkan kepimpinan akar umbi di Selangor.

"Saya tak terima apa-apa (notis). Saya tak tahu tentang perkara ini," katanya ringkas ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Beliau mengulas mengenai desakan kepimpian PKR Selangor yang diketuai Pengarah Pilihan Raya negeri, Borhan Aman Shah agar PKR Pusat mengambil tindakan tegas terhadap Setiausaha Politik Tan Sri Ibrahim itu termasuk dipecat serta merta.

Menerusi sidang media itu, PKR Pusat didesak berbuat demikian kerana Faekah secara terbuka mengkritik Pengerusi PKR negeri yang juga Timbalan Presiden parti, Mohamed Azmin Ali.

Artikel Lain