suria

Penjaja Padang Kota Lama Serah Memorandum Kepada Ketua Menteri

GEORGE TOWN: Sebanyak 20 penjaja kecil di Padang Kota Lama pada Rabu menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk memohon lesen penjaja.

Wakil peniaga M. Balakrishnan, 54, berkata, Lim harus mempertimbangkan permohonan mereka kerana penjaja di situ tidak lagi mampu bertahan dengan tindakan penguatkuasaan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada hampir setiap malam.

Katanya, tindakan undang-undang terhadap mereka adalah kerana tidak mempunyai lesen penjaja sedangkan mereka telah berkali-kali membuat permohonan lesen itu kepada MPPP tetapi tidak mendapat sebarang jawapan.

Memorandum itu diterima oleh Penolong Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri, Norshahida Yusoff.

Yang Dipertua MPPP Datuk Patahiyah Ismail tidak dapat dihubungi untuk menjelaskan isu penjaja itu. BERNAMA

Artikel Lain