Pasukan Marin Patah Cubaan Bawa Masuk Pendatang

JOHOR BAHARU: Polis Marin Wilayah Dua menahan 32 warga Indonesia yang cuba memasuki negara ini secara haram di kawasan pantai Ladang Mados, Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Timbalan Komander Supt N. Kalai Chelvan, berkata pendatang tanpa izin itu, yang terdiri daripada 20 lelaki, 11 wanita dan bayi berusia tujuh bulan, ditahan pada kira-kira 4.30 pagi.

Bila ternampak anggota Polis Marin itu, mereka melarikan diri ke sebuah ladang sawit berhampiran, namun berjaya ditangkap, katanya dalam kenyataan di sini.

Dua bot pancung yang menunggu membawa semula pendatang itu ke Indonesia, lari ke arah laut, katanya.

Kesemua pendatang tanpa izin itu kini ditahan di Balai Polis Bandar Penawar, Kota Tinggi untuk siasatan lanjut.

Kalai Selvan mengalu-alukan maklumat daripada orang awam mengenai pendaratan haram di kawasan pesisir pantai dan mereka boleh menghubungi Komander Pasukan Marin Wilayah Dua (2) Johor di talian 07-2372222 atau 07-2376122. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain

Harga petrol, diesel naik