suria

Dituduh 52 Kali Tipu Majikan Libatkan Wang RM367,759

Jurujual, Lim Teng Haw, 33, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas 52 pertuduhan menipu majikannya, Syarikat High Speed Media Sdn Bhd berhubung penjualan toner kartrij kepada enam syarikat yang tidak wujud menyebabkan kerugian berjumlah RM367,759 pada tahun lepas. Lim didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di premis syarikat di Lot 5038, Jalan Teratai Batu 5 1/2 Off Jalan Meru, Klang dekat sini, antara 25 April 2011 dan 9 Jun 2011. -fotoBERNAMA

SHAH ALAM: Seorang jurujual dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 52 pertuduhan menipu majikan berhubung penjualan toner kartrij kepada enam syarikat yang tidak wujud hingga menyebabkan kerugian RM367,759 pada tahun lepas.

Lim Teng Haw, 33, dari Taman Sejati, Klang, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan terhadapnya dibacakan di depan Hakim Asmadi Hussin.

Mahkamah membenarkan Lim diikat jamin RM60,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa memperdayakan Syarikat High Speed Media Sdn Bhd dengan membuat pesanan barangan toner kartrij bernilai RM367,759 bagi enam syarikat dan telah menyerahkan 'arahan penyerahan' berserta cop syarikat sebagai bukti penghantaran.

Enam syarikat itu ialah Ink Tech Comsumable Sdn Bhd, New Tech Technology, Tel Recycling Sdn Bhd, I-Think Worldwide Distribution Sdn Bhd, E-Laser Solution Sdn Bhd dan Ink Guide Media Sdn Bhd.

Lim didakwa melakukan semua kesalahan di premis High Speed Media Sdn Bhd di Lot 5038, Jalan Teratai Batu 5 1/2 Off Jalan Meru, Klang dekat sini, antara 25 April 2011 dan 9 Jun 2011.

Jika sabit kesalahan, tertuduh yang ditahan 21 Jun lepas, berdepan hukuman maksimum penjara 10 tahun serta sebatan dan boleh didenda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin menawarkan jaminan RM100,000 bagi semua pertuduhan atas alasan kesalahan yang dilakukan adalah serius.

Bagaimanapun, peguam Mahani Ibrahim memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kepada RM52,000 bagi semua pertuduhan kerana Lim kini tidak bekerja dan terpaksa menyara ibu bapanya yang uzur. -BERNAMA

Artikel Lain