Polis Tumpas 'Geng Botak' Aktif Pecah Rumah - Semasa | mStar

Polis Tumpas 'Geng Botak' Aktif Pecah Rumah

SHAH ALAM: Polis Selangor memberkas tujuh lelaki termasuk seorang pemandu teksi yang dipercayai anggota "Geng Botak" dan terbabit dalam 27 kes pecah rumah di sekitar bandar raya ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata suspek berusia antara 28 dan 54 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di Shah Alam dan Petaling Jaya dari 29 Sept sehingga Khamis lepas, susulan risikan selama tiga bulan.

"Siasatan polis mendapati suspek yang aktif sejak 2009 turut memecah masuk rumah di luar kawasan Shah Alam seperti Kajang, Petaling Jaya dan Kuala Selangor," katanya kepada pemberita, di sini, Selasa.

Beliau berkata kumpulan itu dipercayai melakukkan perbuatan mereka ketika waktu Maghrib atau ketika mangsa keluar makan malam.

Pemandu teksi berusia 54 tahun yang menetap di Seksyen 18 di sini, dipercayai berperanan menghantar dan mengambil rakan jenayahnya setelah selesai melakukan pecah rumah, katanya.

Tun Hisan berkata lelaki berkenaan juga mempunyai 10 rekod kesalahan lampau termasuk kes dadah, manakala yang lain pula pernah terbabit kes pecah rumah, samun dan dadah.

Hasil penangkapan suspek itu, polis menemui sebahagian barangan yang dicuri termasuk 31 komputer riba, beberapa unit televisyen LCD 32 inci, telefon bimbit dan kamera, katanya.

Polis juga menemui beberapa peralatan yang dipercayai diguna kumpulan berkenaan untuk kegiatan jenayah mereka. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain