suria

Pengarah Syarikat Didakwa Buat Penyataan Palsu Kepada SSM

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membuat penyataan palsu kepada pendaftar syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tiga tahun lepas.

Ong Chin Hoe, 58, yang merupakan pengarah Springs Court Sdn Bhd, didakwa melakukan kesalahan itu dalam Akaun Pernyataan Pemohon bertarikh 31 Dis 2009 yang diserah simpan kepada pendaftar syarikat untuk tujuan permohonan pemotongan nama syarikat itu.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di premis syarikatnya di tingkat 2 (Room A), Wisma Mahamewah, Jalan Sungai Besi pada 31 Disember 2009 mengikut Seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM250,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Hasbi Hassan membenarkan Ong diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Oktober untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SSM Nur Atikah Mohd Yamin manakala tertuduh diwakili peguam Ashok Kandiah. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

481,424 Calon Duduki PMR Esok

Artikel Lain