suria

Pemilih Di Luar Negara Berpeluang Mengundi Pada PRU13 – SPR

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara mungkin akan dibenarkan mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana pindaan bagi peraturan pilihan raya akan dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata SPR telah merujuk kepada Peguam Negara dan mendapati tidak ada keperluan untuk meminda Perlembagaan.

"Apa yang dikehendaki ialah pindaan terhadap peraturan pilihan raya dan borang yang mengkehendaki rakyat Malaysia di luar negara mesti kembali ke Malaysia sekurang-kurangya lima tahun untuk melayakkan mereka mengundi," katanya pada sidang media di sini pada Isnin.

Pada ketika ini, hanya pelajar Malaysia yang menuntut sepenuh masa dan pasangan mereka, dan kakitangan awam serta pasangan mereka sahaja layak mengundi secara pos.

Ia berikutan daripada rungutan dan aduan oleh mereka yang tidak tersenarai dalam kategori tersebut seperti pekerja sektor swasta di luar negara.

Menurut SPR, sehingga kini, kira-kira 20,000 orang telah mendaftar sebagai pengundi pos.

Sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan sistem pilihan raya telah ditubuhkan Aprli lalu, antara cadangan yang dikemukakan adalah membenarkan semua rakyat Malaysia di luar negara mendaftar sebagai pengundi pos.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

481,424 Calon Duduki PMR Esok

Artikel Lain