suria

Pekerja Pasar Raya Didakwa Pecah Amanah 32 Ekor Ayam, Daging

SHAH ALAM: Seorang pekerja sebuah pasar raya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan melakukan pecah amanah 32 ekor ayam dan 20 kilogram daging bernilai RM633.40, dua bulan lepas.

Noor Shamser Noor Shah, 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Asmadi Hussin. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pasaraya Segi, Jalan Sri Batu Caves, Taman Sri Batu Caves dekat sini, pada 12 tengah malam, 29 Ogos lepas.

Noor Shamser didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Hakim Asmadi membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM3,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 9 November ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Asma Nadiah Abd Rahman sementara tertuduh tidak diwakili peguam. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

481,424 Calon Duduki PMR Esok

Artikel Lain