suria

Mayat Lelaki Dibunuh Ditemui Belakang Hotel

IPOH: Polis menemui mayat seorang lelaki terbaring dengan kesan kecederaan di kepala, dipercayai dibunuh, di belakang sebuah hotel di Jalan Raja Ekram di sini Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata mayat itu ditemui pada 10.45 malam oleh orang awam yang kemudian memaklumkan kepada polis.

Mangsa, yang berusia lingkungan 50-an dan berbangsa Cina, dipercayai dipukul dengan objek keras, katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Dzuraidi berkata tiada sebarang dokumen ditemui dan mayat itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang melihat kejadian atau mengenali mangsa agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di talian 05-2451 222 untuk membantu siasatan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

481,424 Calon Duduki PMR Esok

Artikel Lain