suria

Kerajaan Disaran Tubuh Institusi Khas Kaji Fatwa

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran agar menubuhkan sebuah Institusi khusus bagi mengkaji dan menguruskan isu-isu berkaitan hukum fatwa di Malaysia.

Datuk Taib Azamuddeen Md Taib (PAS-Baling) berkata, institusi seumpama itu penting bagi menjalankan kajian secara berterusan dan menyeluruh.

"Kita mahu fatwa dikeluarkan daripada sumber yang mempunyai autoriti dan bukan seperti sekarang apabila ramai yang mengeluarkan fatwa dengan mudah secara sesuka hati.

"Institusi itu nanti diharap bertanggungjawab melahirkan pakar-pakar ilmu yang membuat kajian secara berterusan," katanya ketika membahaskan Bajet 2013 di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Kata Taib, institusi tersebut mempunyai peranan berbeza dan jauh lebih baik daripada Majlis Fatwa Kebangsaan.

Tambahnya, kepentingan terhadap sebuah institusi yang menguruskan hal ehwal fatwa tidak boleh dipandang ringan pada masa ini.

"Kerajaan tidak boleh berdolak dalih dan memberi alasan terhadap isu ini kerana kita tidak mahu isu fatwa menjadi mainan," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

481,424 Calon Duduki PMR Esok

Artikel Lain