Kereta Ketua Pemuda BN Pulau Pinang Disabotaj - Semasa | mStar

Kereta Ketua Pemuda BN Pulau Pinang Disabotaj

GEORGE TOWN: Kereta Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Oh Tong Keong disimbah cat merah manakala cermin bahagian depan dan belakang dipecahkan individu tidak dikenali, dipercayai bermotifkan politik.

Oh berkata, insiden itu berlaku di tempat letak kereta pejabat Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Penang Free, Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, pada 3.10 petang.

Difahamkan semasa kejadian, Oh sedang berbincang mengenai program parti di sebuah restoran berhampiran bersama dua rakannya.

Beliau berkata, kejadian berlaku semasa hujan lebat dan hanya disedari seorang saksi yang berada di situ.

"Menurut saksi itu, dia ternampak dua lelaki bermotosikal dalam keadaan mencurigakan, dan meninggalkan kawasan itu tergesa-gesa apabila sedar ada orang menghampiri tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Beliau kemudian melaporkan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada 5.30 petang, dan jumlah kerugian dianggarkan RM10,000.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain